Thursday 26 January 2017

SYARIKAT MILIK DAP MUSNAHKAN KTM JETI PORT DICKSON?


Kuasa Siapa luluskan tanah KTM Jeti kepada Syarikat Pengendali? Bagaimana Jabatan Laut Malaysia boleh meluluskan Jeti itu sebagai satu Kawasan Pelabuhan (MTSA) berdaftar ? Sedangkan ciri-ciri keselamatan diabaikan. Bagaimana MPPD yang sepatutnya menyelenggara jalan masuk membiarkannya sehingga mengancam penduduk di kawasan itu? Bagaimana Jabatan Alam Sekitar berkata tiada pencemaran air laut dan pencemaran habuk bukan tugas mereka? bagaimana Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) hanya memberi amaran lisan sedang berlaku perlanggaran pengabaian langkah-langkah keselamatan? SPRM sepatutnya menyiasat jika semua agensi terlibat dengan unsur rasuah!

1. Captain M beberapa kali mendapat emel dari seseorang pengadu mengenai KTM Jeti di Port Dickson yang berbahaya kepada keselamatan dan kesihatan penduduk berhampiran jeti. Namun selepas dikaitkan syarikat pengendali Jeti yang mendapat pajakan di tanah KTM itu berkait rapat dengan DAP dan proksi Menteri MCA. Captain M menulisnya.



2. Itupun selepas menerima maklumbalas aduan itu dipaparkan dalam Sinar Harian (Sabtu) 14 Januari 2017. Ada sesuatu yang tidak kena kepada jawapan laporan itu. Asalnya adalah surat aduan Dato' Mansor Mohammad berasal dari Rasah, Negeri Sembilan bertarikh 4 Januari 2017 kepada Dato’ Ir Mohtar bin Musri Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. 









Aduan terhadap pengendali KTM Jeti Port Dickson

3. Untuk rekod KTM Jeti itu dipajak kepada syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd yang mengendalikan operasi pemindahan pemindahan arang batu dari tongkang ke lori. katanya aktiviti ini menyebabkan pencemaran  kepada air dan pantai akibat pemindahan sisa arang batu. 

4. Pengadu dan netizen bimbang pencemaran teruk di pantai Port Dickson ini akan menjejaskan reputasi Port Dickson sebagai destinasi pelancongan. Selain itu, mendatangkan mudarat kepada rakyat dan pelancong yang datang ke Port Dickson.

5. Selain Jeti sudah mengalami kerosakan akibat aktiviti pemindahan arang batu ini. Syarikat pengendali KTM Jeti dilihat mengabaikan isu-isu keselamatan dan kesihatan bukan sahaja kepada pekerja tetapi penduduk yang berdekatan dengan Jeti. Gambar-gambar yang disertakan membuktikan segalanya. 






Gambar-gambar ke jeti

Jentera-jentera berat di atas Jeti








Tempat penyimpanan arang batu sebelum dipindahkan ke Lori

Tiang KTM Jeti juga retak dan rosak.


Terdapat tongkang arang yang boleh melanggar jeti jika angin kuat dan cuaca tidak baik, selain lori lebih muatan yang boleh akibatkan risiko tinggi pada keadaan jeti.

6. KTM Jeti ini juga digunakan sebagai tempat penyimpanan arang batu. Lantai jeti telah rosak dengan kesan lubang, retak dan tidak pun dibaiki. Hanya ditampal dengan besi murah untuk menutup kerosakan. Ini boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada sesiapa yang gunakan jeti tersebut.

Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd penyewa KTM Jeti


7. Sumber menyatakan KTM jeti sepatutnya ditutup namun ada tangan-tangan ajaib yang terus menggunakan jeti yang berbahaya ini. Kabel mereka besar supaya KTM Jeti ini terus digunakan. Untuk rekod Jabatan Laut Malaysia bagi Maklumat Kawasan Pelabuhan (MTSA) dan Kemudahan Pelabuhan (MFSA) KTM Jeti turut disenaraikan sejak tahun 2004 lagi. Bagaimana mereka boleh meneruskan hingga 2017 pihak berkaitan boleh menjelaskan berdasarkan tempoh pajakan atau sewaan syarikat ini.

8. Namun yang paling tidak manis didengar ialah Syarikat dikatakan punya hubungan dengan pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming DAP tetapi terus mendapat layanan baik dari Dato' Sri Liow Tiong Lai Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA. Syarikat terlalu kebal dan punya kabel dengan Menteri Pengangkutan, KTM, JKKP, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Jabatan Alam Sekitar. 



9. Ahli Parlimen Telok Kemang Dato' Kamarul Baharin pun buat tidak tahu masalah yang berlaku. Ketua Bahagian UMNO Telok Kemang Tan Sri Isa Samad mantan Pengerusi FELDA pula masih 'bingung' selepas ditamatkan kontrak sehingga masalah di Port Dickson pun tidak sempat diuruskan. Menteri Besar Negeri Sembilan mungkin belum menyedari masalah KTM Jeti ini. 


JKKP dan JAS kata tiada Pencemaran dan KTM Jeti menepati piawaian


Aduan dan jawapan JKKP  Tuan Izani berkata hanya beri amaran lisan walaupun syarikat engkar dan terdapat kesalahan dilakukan. Bagaimana jeti yang telah tua boleh dikatakan masih selamat dengan jentera berat melebihi muatan di KTM Jeti itu? Syarikat ini ternyata mengenali lama pihak-pihak berkuasa di Negeri Sembilan. Sepatutnya lawatan mengejut ke Jeti itu membawa sekali pasukan SPRM
Agaknya pencemaran persekitaran bukan kerja JAS dan kelalaian MPPD menyelenggara jalan menyebabkan keadaan lebih  buruk di KTM Jeti

10. SPRM wajar menyiasat perkara ini jika terdapat salah laku di kalangan para pegawai kerajaan. Begitu mudah mereka membuat kesimpulan. Kita cabar Datuk Dzulkifli Ahmad Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Dato' Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) siasat agensi yang terbabit. Alasan agensi yang terlibat meragukan seperti terdapat unsur "kawtim" sedangkan fizikal di KTM Jeti jelas menunjukkan betapa jeti tua itu membahayakan pekerja, beri pencemaran dan menggugat penduduk kawasan berdekatan.  






Captain M
26 Januari 2017

2 comments:

  1. Biarkan..dah..ada kemalangan besok..baru..nak..bising...then tuduh orang tu tuduh orang ni...SPRM...cepat siasat...dah terhantuk baru...nak.siasat.. Ke..

    ReplyDelete
  2. Agensi penguatkuasa tidor kenyang makan ....?. Nak duduk dalam pejabat berhawa dingin dan makan gaji buta.

    ReplyDelete